Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, September 29, 2009


Air yg di cincang tidak akan putus..


Syukur dipanjatkan ke hadrat Rabbul 'izzati atas kurniaanya yang tidak dapat dihitung dgn kiraan apapun..alhamdulillah di hari raya pada tahun ini kami sekeluarga dapat menziarahi sanak saudara yg telah hampir berpuluh tahun tidak kami bersua muka..


Rentetan dari pertemuan dgn anak buahku Shazril Hanis 'Cain' di Bumi Anbiya' baru2 ni membuka ruang buat kami sekeluarga untuk bersatu kembali..ayah terbuka hati untuk mencari dan menyatukan kembali ahli keluarganya yang telah terpisah jauh atas sedikit salah faham yang tidak diminta..


Lazimnya setiap kali raya kami akan beraya di Kg sebelah mak di pagi raya..selepas sbyg raya baru plan nak beraya di mana..dan selalunya kami akan round ziarah saudara mara seluruh kampung,ziarah kubur tok,tokwan,kak Fatimah & Abg Rasul pada hari pertama raya..then, esoknya raya baru kami akan keluar dr kg beraya dia rumah saudara sebelah ayah pulak..selalunya setiap tahun kami akan beraya di rumah abang2 ayah di di pendang..P'ndak Idris..P.cik Man & lain2..tapi raya tahun ni p'ndak tiada lagi bersama kami..p'ndak telah pergi mengadap yg Maha Esa beberapa bulan yg lepas..semoga roh p'ndak dicucuri rahmat.


Then, pada raya tahun ini, kami beralih angin round2 ke Dulang, yan pulak mencari sanak saudara ayah yg dah lama terpisah tidak bertemu..hati gembira di atas ukhwah yg telah terjalin kembali ini..semoga Allah memelihara hubungan ini hingga ke akhirnya..terima kasih ya Allah kerana telah membuka pintu hati ayah untuk kembali mengeratkan hubungan silaturrahim dgn ahli keluarganya..


Kebetulan Abg.Shaari & family turut pulang dai Mesir dan beraya di Kg nya di perak pada tahun ni. Jd, kami sekeluarga mengambil peluang untuk menziarahi keluarganya..




P/s : Raya tahun ni..tak sempat capture gambar becoz my dig cam wat hal..hehe..so, xberposing sgt la tahun ni..tapi ada gambar kenangan bersama family Abg.Shaa'ri masa ziarah raya ke Perak..sedihnya tak dapat bergambar dengan family di Dulang..tp xpe. tunggu raya next year la pulak yer..;)


Beraya di Kg mak & ayah..

Beraya di Perak bersama family Abg.Shaari..

No comments: