Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, September 29, 2009


Air yg di cincang tidak akan putus..


Syukur dipanjatkan ke hadrat Rabbul 'izzati atas kurniaanya yang tidak dapat dihitung dgn kiraan apapun..alhamdulillah di hari raya pada tahun ini kami sekeluarga dapat menziarahi sanak saudara yg telah hampir berpuluh tahun tidak kami bersua muka..


Rentetan dari pertemuan dgn anak buahku Shazril Hanis 'Cain' di Bumi Anbiya' baru2 ni membuka ruang buat kami sekeluarga untuk bersatu kembali..ayah terbuka hati untuk mencari dan menyatukan kembali ahli keluarganya yang telah terpisah jauh atas sedikit salah faham yang tidak diminta..


Lazimnya setiap kali raya kami akan beraya di Kg sebelah mak di pagi raya..selepas sbyg raya baru plan nak beraya di mana..dan selalunya kami akan round ziarah saudara mara seluruh kampung,ziarah kubur tok,tokwan,kak Fatimah & Abg Rasul pada hari pertama raya..then, esoknya raya baru kami akan keluar dr kg beraya dia rumah saudara sebelah ayah pulak..selalunya setiap tahun kami akan beraya di rumah abang2 ayah di di pendang..P'ndak Idris..P.cik Man & lain2..tapi raya tahun ni p'ndak tiada lagi bersama kami..p'ndak telah pergi mengadap yg Maha Esa beberapa bulan yg lepas..semoga roh p'ndak dicucuri rahmat.


Then, pada raya tahun ini, kami beralih angin round2 ke Dulang, yan pulak mencari sanak saudara ayah yg dah lama terpisah tidak bertemu..hati gembira di atas ukhwah yg telah terjalin kembali ini..semoga Allah memelihara hubungan ini hingga ke akhirnya..terima kasih ya Allah kerana telah membuka pintu hati ayah untuk kembali mengeratkan hubungan silaturrahim dgn ahli keluarganya..


Kebetulan Abg.Shaari & family turut pulang dai Mesir dan beraya di Kg nya di perak pada tahun ni. Jd, kami sekeluarga mengambil peluang untuk menziarahi keluarganya..




P/s : Raya tahun ni..tak sempat capture gambar becoz my dig cam wat hal..hehe..so, xberposing sgt la tahun ni..tapi ada gambar kenangan bersama family Abg.Shaa'ri masa ziarah raya ke Perak..sedihnya tak dapat bergambar dengan family di Dulang..tp xpe. tunggu raya next year la pulak yer..;)


Beraya di Kg mak & ayah..

Beraya di Perak bersama family Abg.Shaari..

Saturday, August 8, 2009


Syabas!


"Salam..Alhamdulillah..hari paling happy..
che' dapat juara esei bahasa arab..dpt pndrive 4gib..
sketsa pun kami menang jugak..no.2.."


Camni la lebih kurang sms dari Chaq Mien ptg td..happy sungguh dia..apa2pun Atam ucapkan syabas dan tahniah kerana masih dapat praktik bahasa arab yg mmg kita belajar dari kecik lagi..Alhamdulillah.. tak sia2 usaha ayah..

Saturday, August 1, 2009



Sunday, July 26, 2009



Thursday, July 9, 2009





Selamat Hari Lahir yg ke 5oth buat ibuku yang tercinta..
semoga sentiasa di bawah rahmat yang Maha Esa..
kami semua sayang mak!

Friday, July 3, 2009


Sambal udang Special..!!



Dapat jugak makan sambal udang special hasil air tangan mak yg tercinta..mak mmg berbakat dalam usaha membesarkan badan anak2 nya dengan masakan2 yg sentiasa menambat selera kami..salah satu masakan mak yg menjadi kegemaran kami anak2 adalah sambal manis udang..


Resipi..?? hehe..anak2 mak ni tau makan ja..berkali2 mak dok ulang2 bagitau resipi dia pun tak ingat2..kalau buat pun conform tak rasa mcm yg mak buat..pernah sblm ni try buat karipap ala-ala karipap mak sbb rindu sgt nak makan karipap yg mak buat..lps dapat resipi dari mak try la buat..huhu..tak jadi...nampak comel dah tapi rasanya…huhuhu..tak berani nak jamu org la jawabnya..hehe..


insyaAllah sampai masa nnt anak2 dara mak ni akan berguru jugak dgn mak..hehe..anak2 dara mak ni tak macam K’Shirah..kecik2 dah pandai masak..mgkin sbb dia kakak yg paling tua..semua jenis masakan dia pandai..kuih raya lagi pandai..suka mereka2 resipi pelik2 tapi sedap..malangnya, adik2 perempuan dia sorg pun tak berbakat dalam bidang masakan..semua berbakat dalam menghabiskan masakan mak jer..hehe..



Thursday, June 25, 2009


Tahniah P’Njang..!

P’Njang menerima hadiah sebagai pelajar terbaik kedua Ting.5..terbaik Bahasa Arab Tinggi dan Pendidikan Syariah islamiah juga lulus semua mata pelajaran..semoga terus berjaya..


Atam, P’Njang, Wan n Mak Tok dihadapan Sek P'Njang..